MENDAFTAR DIPLOMA DI KOLEJ

BERITA / ARTIKEL

SALAM KEPADA PELAJAR/BEKAS PELAJAR/ STAF/BEKAS STAF KDH

Anda digalakkan untuk menghantar sebarang berita, artikel, gambar dan sebagainya yang berkaitan kolej untuk dimasukkan dalam blog ini. Hantar ke kolej.dar.alhikmah@gmail.com

Pengumuman

-Kepada Semua Pelajar Modular Sesi Jun 2009 diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester.

- Kepada Pelajar yang Mendaftar Projek Akhir Jun 2009 anda semua dikehendaki menghantar draf projek akhir pada 8/1/2009. Kegagalan berbuat demikian anda akan didenda.

Wednesday, November 25, 2009

eid adha

WARGA KOLEJ DAR AL HIKMAH MENGUCAPKAN

"SELAMAT MENYAMBUT EIDUL MUBARAK, EID ADHA" PADA SEMUA WARGA KDH.

YANG DIINGATI DATO SIDDIQ :

MOGA DIBERI HAJI YANG MABRUR PADA AYAH PRESIDEN DATO' DR SIDDIQ FADZIL.

Sunday, November 22, 2009

Ucapan Pelajar Anugerah Citra Cendekia


Salam...
Alhamdulillah.......

Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dimuliakan Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman dan ahli-ahli lembaga pengarah, yang berbahagia ayahanda Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, presiden Kolej Dar al-Hikmah, yang berbahagia saudara Muhd. Razak Idris, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ahli-ahli lembaga pengelola, yang berusaha Tn. Hj. Md. Fuad Bahari, ketua eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, dif-dif kehormat, para pensyarah, rakan-rakan garaduan yang diraikan, ibubapa seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Pertama sekali, marilah kita bersama-sama merafa’kan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat kasih sayangNya serta keizinanNya, kita dapat berhimpun di dalam dewan ini bagi menyempurnakan dan menyerikan majlis konvokesyen Kolej Dar al-Hikmah kali yang ke 18. Semoga Allah memberkati dan merahmati majlis ini sehingga keakhirnya.amin...

Tidak ada kata yang dapat mengambarkan perasaan gembira saya dan saya pasti begitu juga dengan rakan-rakan lain. Hari ini kami diraikan dengan penuh meriah. Saya sungguh teruja...Cuma apa yang boleh diungkapkan hanyalah ucapan terima kasih yang tidak terhingga sebagai tanda penghargaan yang tulus daripada kami untuk semua.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan khususnya buat ayahanda kami, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang menerima kami semua seadanya dan banyak memberi nasihat, teguran, dorongan dan yang lebih manis lagi, saya dan kami semua dapat merasakan kasih sayang beliau kerana beliau mudah dan sering bersama dengan kami semua.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pensyarah kami yang disayangi dan dihormati, kerana telah bertungkus lumus mencurahkan ilmunya kepada kami selama ini hinggalah kesaat ini. Apa yang kami harapkan, semoga segala kesalahan yang kami telah lakukan dapat dimaafkan dan yang paling penting sekali, halalkan ilmu yang telah kami pelajari, agar kami semua dapat mengamalkannya di dalam kehidupan ini. insyAllah.. semoga pengorbanan dan keikhlasan kalian mendapat keredhan dari Allah SWT.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada kedua-dua ayah dan ibu kami, keluarga kami, saudara kami serta rakan-rakan yang tidak pernah berhenti dari mendoakan dan memberikan galakan dan dorongan untuk kami terus berusaha mencari dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Penghargaan istimewa untuk kedua ayah dan ibu saya, Tadiap bin Liging dan Sinom binti Dualas yang mendidik, membesar dan sentiasa mendoakan kejayaan bagi saya dan keluarga. Walaupun hari ini ayah dan ibu tidak dapat hadir ke majlis ini, saya berharap ayah dan ibu mengetahui bahawa saya amat menyayangi, mencintai dan menghormati kalian berdua. Dan saya sentiasa berdoa semoga Allah SWT melembutkan hati ayah dan ibu untuk menerima hidayah Islam yang suci ini.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah dan ibu angkat saya di atas segala pertolongan, dorongan yang diberikan dan juga sudi hadir pada hari ini untuk meraikan saya dan rakan-rakan yang lain. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat balasan yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

Kepada rakan-rakan. Anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Setelah beberapa tahun ini bertungkus lumus mentela’ah pelajaran, bersama-sama menghadapai pelbagai cabaran dan dugaan, dan ada ketikanya kita terpaksa mendapatkan tenaga tambahan daripada sebungkus meggie. Namun itu semua tidak menghalang kita untuk terus berusaha dan pada hari ini anda telah buktikan anda semua boleh berjaya, kita semua telah berjaya.

Walaubagaimanapun, perjuangan kita belum selesai, perjuangan kita tidak terhenti di sini sahaja. Kejayaan pada hari ini, perlu dijadikan sebagai batu lonjatan dan pemangkin kepada kita untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang. Cuma satu yang kita perlu ingat, kejayaan yang utama lagi hakiki adalah apabila kita mendapat redha dari Allah SWT dunia akhirat..

Akhir sekali, sekali lagi saya mewakili semua rakan-rakan yang bergaraduat pada hari ini dengan ikhlasnya mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua. Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian. Sebelum saya menutup ucapan ini, terimalah sedikit kata-kata terakhir daripada saya. Semoga ia sentiasa menyedarkan kita dan memberikan suntikan semangat kepada kita untuk terus berjuang.

Hiduplah dalam Keimanan,
Berjuang tegakkan kebenaran,
kecil tidak semestinya lemah,
andai kita sedarkan diri..

Assalamualaikum....

Friday, November 20, 2009

Lagi KONVO...


























































































































































Thursday, November 19, 2009

A Time When I Acheived A Personal Success

Ini adalah kisah benar seorang pelajar modular yang telah pun bergraduat baru-baru ini. Bacalah pencapaian yang dicapainya....dan bayangkan anda berada di tempatnya.....

I am Sarah Abdullah and I would like to tell you a tale that makes me proud of who I am. Actually I come from a family that is not concerned much with the education among the female children. But since I was persistent to finish my studies, I was allowed to complete my Form Five. I did quite well in my exams. But unfortunately I was asked to marry a man chosen by my family.

After fifteen years of marriage and having six children, now I have given the opportunity to pursue my studies in this college.

The first day that I arrived at Dar- al Hikmah, I felt really insignificant as the rest of my classmates had carriers or fields that they specialized in. I was only a housewife who is only continuing her studies after fifteen years being at home.

I was left behind as I registered late and half a semester had already passed. I also faced the problem where some of the seniors were cynical of me. I had to beg to be included in groupings. The semester ended with my poor performance of getting only a CGPA of 3.01.

On the day my friends received their Dean’ List awards, I sat in the front row and the first chair just looking at them. Deep in my heart, I promised to myself that one day I too, will receive this awards.

When the second semester started, I treasured my time and spent every minutes if it to study and revise my lessons. Every assignment that was given to me was done to the best of my ability. Then it the time for exams. As always, before the day itself, I performed my Dhuha prayers and prayed that Allah would grant me my wish after my earnest hard work.

At last when I saw my results, I almost cried as I knew that Allah has answered my prayers. I obtained a CGPA of 3.64 and my names was listed in the Dean’ List and my results were better than those who looked down upon me. I am truly thankful to Allah for His blessing on me.

Now I am more confident and I will not stop from striving to be better than before as I know : DETERMINATION IS THE KEY TO SUCCESS!

Friday, November 13, 2009

JOM MASUK TEAM MARKETING KDH


INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA?



UNIT PEMASARAN
MEMBUKA PENDAFTARAN KEPADA SEMUA WARGA KDH
UNTUK MENYERTAI
“PASUKAN PEMASARAN @ TEAM MARKETING KDH”



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
· Setiap pasukan terhad kepada 1 hingga 4 orang sahaja
· Semua ahli adalah pelajar kolej /staf/alumni staf/alumni pelajar
· Ganjaran diberikan bagi pencapaian satu semester
· SEGALA TERMA DAN SYARAT TERTAKLUK KEPADA UNIT PEMASARAN

BAGI SETIAP KEMASUKAN PELAJAR BARU


PASUKAN ANDA AKAN MENDAPAT KOMISEN SEPERTI BERIKUT:



1-40 PELAJAR = RM 100 / ORANG


41-49 PELAJAR =RM 150 / ORANG


50 – 79 PELAJAR =RM 200 / ORANG


80 DAN KE ATAS=RM 250 / ORANG

Selepas mendaftar anda akan menghadiri
taklimat dan bengkel pemasaran selama sehari

Setiap pasukan akan dibekalkan material
pemasaran oleh pihak pemasaran.



TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
23 NOVEMBER 2009


MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI UNIT PEMASARAN :
013-268 8283 / 03-8925 2392

ATAU EMAIL KE

saleha@hikmah.edu.my









Monday, November 9, 2009

LIPUTAN BERITA SPTI-7


Saturday, November 7, 2009

KDH Bangun Tradisi Ilmu, Jadikan Islam Cara Hidup




Berita terkini KDH di Berita Harian
Sumber: Berita Harian , Jumaat , 6/11/2009
Laman IPTS: Gabung pengajianOleh Basir Zahrom


KOLEJ swasta Islam terawal di negara ini, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu kini mengorak langkah mencapai cita-cita bergelar kolej universiti dalam tempoh lima tahun lagi.

Peranan yang ingin dipikul pula berdasarkan falsafah pendidikannya yang menggabungkan program profesional dan akademik adalah untuk melahirkan insan beriman, berilmu, berketerampilan, berani, berakhlak dan berdaya maju.

Kini, institusi pada awalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam itu menawarkan semua program mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Fuad Bahari, berkata bagi mencapai matlamat itu, pihaknya merancang menawarkan program baru dalam bidang lain seperti kejururawatan dan ekopelancongan.Selain menawarkan pengajian hingga ke peringkat ijazah, beliau berkata, kolej itu juga merancang menyediakan kampus lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, matlamat diutamakan kolej itu sama iaitu membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan tamadun dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menyediakan kursus asas agama itu sebagai subjek wajib.“KDH yang bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia adalah kesinambungan program tarbiyah dan dakwah angkatan itu bermula dengan Taman Asuhan kanak-kanak Islam, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam.“

Di sini, beberapa kursus wajib perlu diikuti pelajar iaitu Fiqh Islami, Peradaban Islam, Pengantar Pengurusan, Metodologi Penyelidikan dan usrah,” katanya kepada Berita Harian. Md Fuad berkata, program diploma ditawarkan kolej itu antaranya dalam bidang Psikologi, Diploma Kaunseling, Pengajian Syariah, Usuluddin, Perakaunan dan Pengajian Islam (Muamalat), manakala peringkat sijil pula Perguruan Prasekolah. Beliau berkata, kolej itu juga akan memperkenalkan program baru yang mendapat pengiktirafan MQA, Diploma Kesihatan Persekitaran, mulai Januari depan.

KDH disifatkan kolej rakyat kerana yuran dikenakan antara termurah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain termasuk institusi yang mendapat tajaan kerajaan negeri. Sebagai contoh, katanya, yuran Diploma Perakaunan hanya RM15,445 untuk pengajian dua tahun setengah berbanding kolej lain mencecah RM27,000. Sambil menjelaskan pembayaran yurannya fleksibel kerana boleh dibuat secara ansuran bulanan, beliau berkata:“Kita tidak terlalu bergantung kepada bayaran yuran pelajar kerana KDH mempunyai Al-Hikmah Training and Consultancy yang mengendalikan kursus jangka pendek.“Selain itu, akademi kajian ketamadunan banyak mengeluarkan buku untuk dijual, jadi keuntungannya sedikit sebanyak membantu bagi menampung kos pengurusan kolej ini,” katanya.

Md Fuad berkata, hubungan erat warga KDH menjadi kelebihan belajar di kolej itu, selain nisbah antara pensyarah dan pelajar kecil, iaitu 60 pelajar yang mengikuti diploma sepenuh masa, manakala lebih 300 orang bagi kursus separuh masa (modular). Katanya, kursus modular diikuti golongan bekerja yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kelayakan dalam bidang diceburi, termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam.

“Pensyarah kami juga berkualiti, masing-masing mempunyai kelulusan sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Friday, November 6, 2009

Seminar SPTI-7













Presiden KDH menyampaikan cenderamata kepasa pengucap utama
Tan Sri Prof Dr. Kamal Hassan







Sebelum perasmian bermula dari kiri Tuan Hj Ahmad bin Mohd Said (Penasihat Seminar), Prof Dr Kamal Hasan (ucaptama), Dato' Siddiq Fadzil (Presiden KDH) dan Tuan Hj MOhd Fuad Bahari (CEO KDH)


Gambar- gambar sekitar Seminar Pengajian Tinggi ISlam kali ke-7 yang mendapat sambutan hangat daripada IPTA/IPTS , NGO dan semua peserta luar.....


Terima kasih pada yang menjayakan Seminar kali ini. Maaf atas segala kekurangan dari pihak penganjur.

Thursday, November 5, 2009

Lagi gambar konvo & Makan malam





























UCAPAN ALUAN CEO SPTI7

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Seminar Pendidikan Tinggi Islam VII (SPTI VII) dalam melaksanakan seminar ini dengan jayanya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal hendaknya.

Seminar yang dianjurkan ini merupakan acara tahunan KDH dalam memartabatkan falsafah pendidikan al-hikmah. Sesungguhnya harapan kita agar Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab ini dapat direalisasikan oleh KDH yang mana kita bukan sahaja berwawasan untuk mencapainya, akan tetapi berusaha yang terbaik dalam menjalankan kurikulum dan ko-kurikulum bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.

Bersempena sambutan KDH yang ke 20, saya berharap agar warga KDH mempertingkatkan kegigihan dalam mempromosikan kolej perjuangan ini agar menjadi pilihan hati masyarakat. Manakala para pelajar pula merupakan produk yang terbaik KDH untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Semoga dengan suntikan dan pencerahan di dalam SPTI VII ini memberikan impak yang berkesan kepada kita semua dalam melaksanakan agenda bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.

Akhir kata, diharapkan kita semua dapat memanfaatkan sepenuhnya seminar ini agar harapan dan wawasan bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab dapat dicapai. Semoga perjalanan seminar ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selamat berseminar.


“Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab”


Md. Fuad Bahari
Ketua Eksekutif
Kolej Dar al-Hikmah.

ucapan aluan Presiden KDH SPTI7


Assalamu’alaikum waramatullah dan salam sejahtera.

Kita ditakdirkan hidup dalam era yang dikatakan bahawa serba-serbinya berasaskan ilmu -- knowledge based society, knowledge economy, knowledge workers, knowledge is power dst -- walaupun dalam kenyataannya seringkali berlaku kepura-puraan. Hingga ke saat ini masih berleluasa amalan mengenepikan kriteria ilmu ketika meletakkan seseorang pada sesuatu posisi. Di tengah gembar-gembur, “knowledge is power”, sebenarnya kita sedang ditimpa krisis nilai yang ditandai dengan kegagalan meletakkan nilai ilmu di puncak urutan sistem nilai budaya kita. Ilmu sebagai ilmu tidak lagi dihargai sebagaimana semestinya. Ilmu hanya diperlukan sebagai alat untuk mencapai matlamat lain, khususnya matlamat kebendaan. Andainya matlamat tersebut dapat dicapai tanpa ilmu, tidak akan ada lagi orang yang mahu menuntut ilmu. Krisis nilai ini tentunya membawa implikasi yang cukup serius terhadap nasib bangsa.

Realiti tersebut menjadikan misi “pembinaan generasi ilmuwan ulu’l albab semakin relevan, manusia cendekia pemadu zikir dengan fikir, pemilik daya renung yang tembus ke inti hakiki. Zikir dalam konteks ini merujuk pengertian kesedaran ketuhanan (God consciousness) yang meliputi kesedaran kehambaan, kepekaan terhadap hukum-hakam dan nilai-nilai ketuhanan. Sementara fikir pula merujuk pengertian kekuatan daya renung sehingga dapat menyerlahkan makna di balik tanda, termasuk segala hikmah dan rahsia alam ciptaan Tuhan.

Misi keramat inilah yang kami perjuangkan dengan setia, dan kami pertahankan dengan penuh rasa cemburu demi menghindari bencana kemanusiaan yang menimpa dunia hari ini akibat ketidakseimbangan seperti yang sering diekspresikan lewat ungkapan too much science, too little faith (terlampau banyak sains, terlalu sedikit iman). Seminar yang dianjurkan sempena 20 tahun IPI-KDH ini diharapkan akan dapat merangsang ghairah keintelektualan dan meningkatkan komitmen perjuangan melaksanakan amanah pembinaan generasi ilmuwan ulu ‘l-albab.

Sekian, Wassalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Kolej Dar al-Hikmah

Wednesday, November 4, 2009

SEKITAR KONVOKESYEN KDH KE-18

Ust Rosilawati dan Pn Zulaihan bergambar bersama-sama graduan Kemboja















Pelajar terbaik DIPLOMA PSIKOLOGI Pn Tg Fairuz





























Cik Jasmin (bekas pensyarah KDH) yang turut bergraduat DIPLOMA PSIKOLOGI .....TAHNIAH!
dan Ani Azira
















































































































































En. Hafis memberi arahan kepada graduan



















Pn Azizah Pengarah Konvo ke-18 (diapit dua pensyarah perempuan)




















Barisan pensyarah berarak untuk masuk ke majlis konvo




































































Pensyarah KDH: Pn Zulaihan, Pn Salbiah, Cik Khaleda, Ust Rosilawati, Pn Saleha


















































Pensyarah KDH: Cik Khaledah, Ust Rosilawati, Pn Nafrul