Ini adalah ucapan CEO Tn Hj Mohd Fuad Bahari semasa Perhimpunan Bulanan Kolej pada Rabu, 14 Oktober 2009.
Syabas!! Kerana berjaya memasuki KDH. Berjaya memasuki IPT tidak bererti apa-apa jika anda kecundang di tengah jalan. Malahan mereka yang berjaya tetapi sekadar cukup makan mungkin juga akan kecewa kerana tidak memperolehi kerja yang sesuai.
Pelajar-pelajar yang cemerlang ialah mereka yang mempunyai sikap positif, berdisiplin, mempunyai personaliti yang disegani, berpengetahuan dalam [dalam bidang khusus dan umum] berkemahiran [belajar/berkerja, mengurus masa, memimpin, berpersatuan] dan berketerampilan [serba boleh].
Dalam lain perkataan pelajar/pekerja yang cemerlang ialah mereka yang dapat mengurus potensi diri [kekuatan dan kelemahan diri] serta sumber di sekelilingnya [asrama,kolej dan luar kolej] dengan sebaik mungkin [berkesan].
-Cemerlang dengan pengurusan masa
Kecemerlangan memerlukan masa. Dalam Islam, masa bukan emas,tetapi nyawa dan kehidupan yang apabila terbuang/ hilang ia tidak dapat diganti. Justeru manusia yang tidak mahir mengurus masa akan mensia-siakan masa mereka atau dalam erti kata lain menghargai hidup atau nyawa.
- Rasulullah saw apabila ditanya oleh Abu Zar mengenai pengurusan masa, baginda menjawab agar membahagikan masa pada 4 bahagian:-
1.bermunajat pada tuhan [berdoa, berzikir dan bersembahyang]
2.muhasabah diri [mengaudit diri]
3.bertafakur tentang penciptaan Allah
4.mencari keperluan makan minum
Tiga perkara yang berkaitan dengan pengurusan masa
1.Menjauhi perkara yang sia-sia.
Surah al-Mukminun ayat 3 yang bermaksud:"diantara sifat orang mukmin yang berjaya adalah mereka yang berpaling dari melakukan perkara yang sia-sia". 24 jam adalah hadiah. Dalam Ihya Ulumuddin, bab bahaya lidah, imam Ghazali berkata:"modal bagi seorang hamba Allah ialah waktunya. Jika dia gunakan waktu itu pada perkara yang tidak diperlukan dan tidak digunakan untuk mencari pahala akhirat, dia telah mensia-siakan modalnya" orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengisi 24 jam itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat. suka menangguh kerja adalah penyakit yang sering menyerang golongan yang gagal. Bagi mereka esok pasti datang- jadi tidak salah jika menanti esok.
2. Menentukan keutamaan
Masa dapat diurus dengan baik apabila kita mengetahui keutamaan. umat islam dididik mementingkan keutamaan melalui kaedah antaranya hukum hakam taklifi- wajib, sunat, harus, haram dan makhruh.
Tidak boleh mengutamakan yang sunat dan mengabaikan yang wajib-perlaku tersebut berdosa kerana tersalah keutamaan.
Islam juga membicarakan tentang keutamaan melalui Fiqh al-Awlawiyat. mengikut Dr.Yusuf Qardawi "sesiapa yang mengamati gerak kehidupan di sekeliling kita [aspek kerohanian,kebendaan,cara fikir,sosial,ekonomi,politik dsb] akan mendapati asas dan nilai keutamaan yang digunakan pada hari ini sudah rapuh, pincang dan tidak seimbang lagi. Aktiviti kesenian/hiburan lebih diutamakan dari aktiviti yang memberi pengetahuan/pendidikan. kegiatan muda/belia lebih memfokuskan kepada riadah badan mengatasi riadah akal fikiran. Golongan yang disanjung dalam masyarakat bukan lagi alim ulama, cendekiawan dan ilmuan tetapi artis, seniman, bintang filem/ bola sepak dsb.
Sebenarnya ilmu pengetahuanlah yang dapat menolong seseorang membezakan antara perbuatan yang benar dan salah, yang disuruh dan yang bidaah
0 comments:
Post a Comment