MENDAFTAR DIPLOMA DI KOLEJ

BERITA / ARTIKEL

SALAM KEPADA PELAJAR/BEKAS PELAJAR/ STAF/BEKAS STAF KDH

Anda digalakkan untuk menghantar sebarang berita, artikel, gambar dan sebagainya yang berkaitan kolej untuk dimasukkan dalam blog ini. Hantar ke kolej.dar.alhikmah@gmail.com

Pengumuman

-Kepada Semua Pelajar Modular Sesi Jun 2009 diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester.

- Kepada Pelajar yang Mendaftar Projek Akhir Jun 2009 anda semua dikehendaki menghantar draf projek akhir pada 8/1/2009. Kegagalan berbuat demikian anda akan didenda.

Thursday, November 5, 2009

UCAPAN ALUAN CEO SPTI7

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Seminar Pendidikan Tinggi Islam VII (SPTI VII) dalam melaksanakan seminar ini dengan jayanya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal hendaknya.

Seminar yang dianjurkan ini merupakan acara tahunan KDH dalam memartabatkan falsafah pendidikan al-hikmah. Sesungguhnya harapan kita agar Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab ini dapat direalisasikan oleh KDH yang mana kita bukan sahaja berwawasan untuk mencapainya, akan tetapi berusaha yang terbaik dalam menjalankan kurikulum dan ko-kurikulum bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.

Bersempena sambutan KDH yang ke 20, saya berharap agar warga KDH mempertingkatkan kegigihan dalam mempromosikan kolej perjuangan ini agar menjadi pilihan hati masyarakat. Manakala para pelajar pula merupakan produk yang terbaik KDH untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Semoga dengan suntikan dan pencerahan di dalam SPTI VII ini memberikan impak yang berkesan kepada kita semua dalam melaksanakan agenda bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.

Akhir kata, diharapkan kita semua dapat memanfaatkan sepenuhnya seminar ini agar harapan dan wawasan bagi melahirkan Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab dapat dicapai. Semoga perjalanan seminar ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selamat berseminar.


“Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab”


Md. Fuad Bahari
Ketua Eksekutif
Kolej Dar al-Hikmah.

0 comments: