MENDAFTAR DIPLOMA DI KOLEJ

BERITA / ARTIKEL

SALAM KEPADA PELAJAR/BEKAS PELAJAR/ STAF/BEKAS STAF KDH

Anda digalakkan untuk menghantar sebarang berita, artikel, gambar dan sebagainya yang berkaitan kolej untuk dimasukkan dalam blog ini. Hantar ke kolej.dar.alhikmah@gmail.com

Pengumuman

-Kepada Semua Pelajar Modular Sesi Jun 2009 diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester.

- Kepada Pelajar yang Mendaftar Projek Akhir Jun 2009 anda semua dikehendaki menghantar draf projek akhir pada 8/1/2009. Kegagalan berbuat demikian anda akan didenda.

Thursday, November 5, 2009

ucapan aluan Presiden KDH SPTI7


Assalamu’alaikum waramatullah dan salam sejahtera.

Kita ditakdirkan hidup dalam era yang dikatakan bahawa serba-serbinya berasaskan ilmu -- knowledge based society, knowledge economy, knowledge workers, knowledge is power dst -- walaupun dalam kenyataannya seringkali berlaku kepura-puraan. Hingga ke saat ini masih berleluasa amalan mengenepikan kriteria ilmu ketika meletakkan seseorang pada sesuatu posisi. Di tengah gembar-gembur, “knowledge is power”, sebenarnya kita sedang ditimpa krisis nilai yang ditandai dengan kegagalan meletakkan nilai ilmu di puncak urutan sistem nilai budaya kita. Ilmu sebagai ilmu tidak lagi dihargai sebagaimana semestinya. Ilmu hanya diperlukan sebagai alat untuk mencapai matlamat lain, khususnya matlamat kebendaan. Andainya matlamat tersebut dapat dicapai tanpa ilmu, tidak akan ada lagi orang yang mahu menuntut ilmu. Krisis nilai ini tentunya membawa implikasi yang cukup serius terhadap nasib bangsa.

Realiti tersebut menjadikan misi “pembinaan generasi ilmuwan ulu’l albab semakin relevan, manusia cendekia pemadu zikir dengan fikir, pemilik daya renung yang tembus ke inti hakiki. Zikir dalam konteks ini merujuk pengertian kesedaran ketuhanan (God consciousness) yang meliputi kesedaran kehambaan, kepekaan terhadap hukum-hakam dan nilai-nilai ketuhanan. Sementara fikir pula merujuk pengertian kekuatan daya renung sehingga dapat menyerlahkan makna di balik tanda, termasuk segala hikmah dan rahsia alam ciptaan Tuhan.

Misi keramat inilah yang kami perjuangkan dengan setia, dan kami pertahankan dengan penuh rasa cemburu demi menghindari bencana kemanusiaan yang menimpa dunia hari ini akibat ketidakseimbangan seperti yang sering diekspresikan lewat ungkapan too much science, too little faith (terlampau banyak sains, terlalu sedikit iman). Seminar yang dianjurkan sempena 20 tahun IPI-KDH ini diharapkan akan dapat merangsang ghairah keintelektualan dan meningkatkan komitmen perjuangan melaksanakan amanah pembinaan generasi ilmuwan ulu ‘l-albab.

Sekian, Wassalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Kolej Dar al-Hikmah

0 comments: